
|
Bonjour! Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]()
|
Abahku Sayang ♥
Assalamualaikum....
Entri sedih much !
OH , I MISS MR.ADZHAR very much !
The KING Of Our Family:)
*Kind *Incredible *Nice *Gentleman
Ehem ehemm ! HANDSOME kannn ? eahhh , semestinya :)
Saya rindu Abah :'( Kenapa terlalu cepat meninggalkan saya .
Abah meninggal pada 2 September 2010 , 7 hari sebelum saya UPSR >.<
sedih tahuuuuuu.....
Abah meninggal sebab sakit LEUKIMIA ...
Masa tuh saya tak hirau pun Abah tengah sakit sebab saya lebih penting kan UPSR sehingga takda masa untuk melawat Abah . Menyesal sangat rasa . Tiba tiba dapat call dari Mama (masa tuh tgh study group) , dia cakap "Along , jom tengok Abah dekat hospital" . Saya cakap "okay" . Then , Mama datang ambik saya dekat rumah kawan . Mama peluk saya dan dia cakap "Abah dah takda" ..
Ya Allah ! Sumpah tak percaya . Kami pun pergi dekat hospital , sampai kat hospital saya berlari menuju bilik mayat and terlihat sekujur tubuh sasa yang kaku terbaring di atas katil hospital . Rasa macam bukan je , saya pergi dekat dan menatap muka nya .. Yaa , itu memang Abah ! Tipu tipu tipu ! Saya masih tak percaya .. Lepas tuh doktor tuh suruh saya dengan mama naik van jenazah bersama jenazah Abah .
Air mata memang tak berhenti lah . Sampai kat rumah Mak Long , saya tengok ramai orang . Ya ampunn , lagii lahh sedihh nyerrrr ~.~
Nampak orang baca Yassin untuk Abah , tapi saya tak sanggup nak tengok lama lama .
Masuk bilik , Mama suruh tidur sebab esok nak pergi kubur .
Pukul 3 lebih saya tejaga , keluar dari bilik nampak Abah tengah tidur dekat ruang tamu .. saya pergi sambung tidur .
Esok pagi mandikan jenazah Abah , rasa tak sanggup je nak jirus air tuu .
Lepas siap kafan , saya cium Abah buat kali terakhir... Muka Abah sejuk jerr :)
Bersiap pergi Masjid untuk sembahyang jenazah . Tak kisah lah tegok orang sembahyangkan untuk Abah .
Paling tak tahan bila dekat kubur , rasa nak marah je orang yang letak Abah dalam liang lahad tu .
Tapi nak buat macam mana , Tuhan lebih menyayangi Abah ♥
p/s : Sehingga hari ini saya masih belum boleh terima kenyataan bahawa Abah sudah tiada . Rasanya macam baru semalam je jumpa and bersalam dengan Abah . Abah , doakan Along menjadi seorang anak yang baik ya :) Takda sesiapa pun yang boleh ganti tempat Abah :)
Hanya Kau Di Hatiku ♥
Hanya Allah yang tahu
|